PERATURAN MAKMAL KOMPUTER


  1. Pelajar tidak dibenarkan masuk ke dalam makmal tanpa kebenaran guru.
  2. Dilarang membawa beg, makanan atau minuman ke dalam Makmal Komputer.
  3. Dilarang membawa sebarang cakera perisian luar ke dalam makmal kecuali dengan keizinan guru.
  4. Disket/ pendrive dari luar boleh dibawa masuk tetapi hendaklah diimbas terlebih dahulu sebelum menggunakannya.
  5. Dilarang membawa keluar sebarang perkakasan atau perisian dari makmal kecuali dengan keizinan Penyelaras ICT. 
  6. Pelajar dilarang melaraskan pendingin hawa kecuali atas arahan guru.
  7. Semua pengguna komputer adalah dilarang sama sekali mengusik atau mengubah sebarang sambungan wayar pada komputer.
  8. Jika terdapat sebarang bunyi yang ganjil, bau benda terbakar, bahagian komputer terlalu panas atau sebarang yang disyaki tidak normal, laporkan segera kepada guru yang bertugas. Padamkan mana-mana suis yang perlu.
  9. Laporkan sebarang kerosakan perkakasan atau perisian kepada guru yang bertugas.
  10. Tidak dibenarkan membawa liquid paper. 
  11. Dilarang membuat bising di dalam Makmal Komputer. 
  12. Dilarang mencetak, mengedar dan menampal bahan yang mengandungi unsur lucah, menghina atau menfitnah pihak tertentu. 
  13. Dilarang mengubah sebarang settings dalam komputer. 
  14. Dilarang mengubah atau menambah perisian dan perkakasan. 
  15. Peralatan seperti LCD dan printer hanya boleh dikendalikan oleh guru. 
  16. Guru yang bertanggungjawab membawa pelajar atau kelas ke Makmal Komputer hendaklah merekod penggunaannya dalam buku log makmal komputer. 
  17. Pengguna hendaklah merekod penggunaan komputer di dalam buku log komputer.
  18. Pengguna hendaklah sentiasa menjaga kebersihan Makmal Komputer.

No comments:

Post a Comment